Social Icons

Khasiat Buah Delima membantu pesakit gout

Penyakit gout lazimnya menyerang kepada golongan pertengahan usia.
 Ia memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.






Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.




Gout disebabkan adanya kandungan asid urik yang berlebihan dalam darah dan berkumpul dibahagian ruang sendi. Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Secara semula jadi asid urik akan larut dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit.  

Asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendap dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Jus delima melalui kombinasi vitamin, zat dan mineral yang ada didalamnya berfungsi memperbaiki sistem buah pinggang yang akan membantu kecekapan proses mengeluarkan air kencing.Jus delima juga  membantu meningkatkan kecekapan proses penghazaman makanan dan dengan itu sistem perkumuhan berjalan dengan lancar.
Pada masa yang sama, urik asid yang berlebihan itu akan disingkirkan melalui kencing dan najis.


 

Pelawat terkini :

pertanyaan :

email : arasdamai@gmail.com
whatsapp only : 0197739597