Social Icons

Khasiat Buah Delima membantu pesakit stroke

Stroke berlaku apabila saluran darah yang membekalkan darah beroksigen daripada jantung kepada mana-mana bahagian otak tidak dapat membekalkan darah kerana tersumbat samada oleh darah beku atau aterosklerotik.


Akibatnya bahagian otak yang tidak mendapat bekalan oksigen itu akan rosak dan tidak berfungsi.

Apabila sesuatu bahagian otak itu rosak, maka peranan yang dimainkan oleh bahagian itu menjadi tidak berfungsi untuk mengawal mana-mana bahagian anggota badan yang dikawalnya.


Contohnya jika bahagian otak sebelah kiri rosak, maka anggota badan sebelah kanan akan menjadi tidak berfungsi atau menjadi lemah. Selalunya disebut sebagai lumpuh atau mati sebelah badan.













Khasiat delima dapat membantu memecahkan darah beku atau aterosklerotik di dalam saluran darah (yang menyebabkan saluran darah tersumbat) dan dengan itu dapat membantu memulihkan pengaliran semula darah beroksigen kebahagian otak yang rosak/mati.

Apabila darah telah sampai kebahagian otak yang rosak itu, maka proses semulajadi badan akan bertindak menggantikan semula bahagian otak yang rosak itu dengan sel-sel baru dan seterusnya memulihkan fungsi bahagian itu.

Apabila bahagian otak yang rosak itu telah kembali normal, maka fungsinya untuk menghantar dan mengawal isyarat-isyarat kebahagian badan yang berkaitan kembali berkerja dan bahagian bada berkenaan akan kembali kepada fungsi asalnya.

Walaubagaimana pun masa yang diambil bagi proses pemulihan ini bukanlah satu tempuh yang singkat kerana ia merupakan proses pemulihan beberapa organ-organ, tisu-tisu dan urat saraf yang telah sekian lima tidak dapat berfungsi.
 

Pelawat terkini :

pertanyaan :

email : arasdamai@gmail.com
whatsapp only : 0197739597