Social Icons

Khasiat dan kebaikan buah delima untuk kesihatan









"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima," 
[Surah al Rahman ayat 68].

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)

    Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:

    Khasiat Buah delima untuk kesihatan

    Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

    Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

    Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

    Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
    – Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
    – buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

    Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik

    Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.


    Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit

    sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.

    Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.


    Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung

    Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

    Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
    Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.


    Antara lain juga khasiat Buah Delima ialah:
    • Melawan penyakit gout
    • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
    • Merawat ‘sinus’
    • Meningkatkan tenaga
    • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
    • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
    • Menormalkan fungsi hati
    • Menstabilkan peredaran darah
    • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
    • Mencuci darah kotor
    • Antioksida yang tinggi
    • Menstabilkan paras kolesterol
    • Mencegah penyakit jantung
    • Mencegah penyakit barah
    • Merangsang tenaga batin


    Amalan makan buah delima setiap hari akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.

    Khasiat Delima untuk pesakit gout

    Penyakit gout lazimnya menyerang kepada golongan pertengahan usia.
     Ia memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.






    Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.




    Gout disebabkan adanya kandungan asid urik yang berlebihan dalam darah dan berkumpul dibahagian ruang sendi. Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

    Secara semula jadi asid urik akan larut dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit.  

    Asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendap dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

    Jus delima melalui kombinasi vitamin, zat dan mineral yang ada didalamnya berfungsi memperbaiki sistem buah pinggang yang akan membantu kecekapan proses mengeluarkan air kencing.Jus ddelima juga  membantu meningkatkan kecekapan proses penghazaman makanan dan dengan itu sistem perkumuhan berjalan dengan lancar.
    Pada masa yang sama, urik asid yang berlebihan itu akan disingkirkan melalui kencing dan najis.


    Khasiat Delima untuk pesakit jantung



    Serangan sakit jantung terjadi apabila satu atau lebih daripada arteri koronari yang membekalkan darah yang kaya oksigen kepada jantung anda tersumbat. Melalui satu tempoh masa tertentu, arteri koronari boleh menjadi semakin sempit ekoran daripada pengumpulan kolesterol. Pembentukan kolesterol ini yang dikenali sebagai plak dalam arteri di seluruh tubuh disebut aterosklerosis.







    Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng berkata, pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. 


    "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia", katanya.

    Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. 

    Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama.

    Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.

    Serangan sakit jantung berlaku apabila salah satu plak pecah dan plak tersebut akan beredar dalam pembuluh darah. Jika plak tersebut cukup besar, ia boleh menyekat aliran darah melalui arteri untuk darah sampai ke jantung..

    Apabila aliran darah tersekat, maka bahagian jantung di hadapan tempat tersumbat itu tidak mendapat bekalan darah dan ini menyebabkan bahagian itu rosak.


    Gejala

    Sakit dada atau dikenali sebagai angina pektoris. Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami dengan:
    a. Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
    b. Berat pada dada
    c. Senak dada
    d. Sukar bernafas: sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini.
    Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
    1.    Stabil: mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
    2.    Tidak stabil: mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.
    Bagaimanapun, sesetengah pesakit diabetes atau warga tua tidak mengalami gejala ini. Sebaliknya, mereka mungkin mengalami:
    a. Berpeluh-peluh
    b. Rasa lemah badan
    c. Sakit pada hulu hati
    d. Pening kepala
    e. Pengsan

    Sekiranya gejala-gejala angina tidak stabil dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh mendapat serangan jantung (penginfarkan miokardium).Menurut Dr. Yap, 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah. Keadaan ini mengakibatkan elektrik jantung tidak stabil. Ketidakstabilan ini turut menghentikan denyutan jantung. Jantung yang bergetar ini tidak dapat berfungsinya dengan baik. Ini mengakibatkan seluruh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan dalam tempoh empat minit, risiko kematian adalah tinggi.Bagaimanapun, keadaan yang dikenali sebagai pemfibrilan ventrikel ini boleh dibantu dengan mesin kejutan AT.
    Antara kaedah yang digunakan untuk mendiagnos penyakit jantung ialah:
    ·         Ujian ECG: ujian ini untuk mereka yang diserang sakit jantung dan sesetengah pesakit yang mengalami angina tidak stabil
    ·         Ujian darah seperti enzim kardium dan troponin
    ·         Ujian tekanan pengisar injakan
    ·         Angiogram koronari.

    Tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada melalui di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan. Prosedur ini biasanya mengambil masa selama setengah jam. Pewarna akan disuntik melalui kateter ini dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran yang jelas untuk bahagian yang tersumbat. Namun, prosedur ini mempunyai risiko tersendiri seperti alahan pada pewarna, pembedahan kecemasan, stroke serangan jantung dan denyutan jantung tidak stabil.

    Selepas angiogram dilakukan, doktor akan berbincang dengan pesakit dan keluarga mengenai pilihan rawatan terbaik berdasarkan keadaan pembuluh darah jantung seperti:
    ·         Ubat-ubatan
    ·         Pembedahan pintasan pembuluh darah jantung
    ·         Angioplasti koronari: kaedahnya sama seperti angiogram di mana kateter akan dimasukkan melalui saluran darah pangkal paha atau saluran darah di lengan.

    Melalui kateter, satu dawai halus dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang tersumbat. Pada hujung kateter ini, terdapat belon. Belon akan dikembangkan untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah. Rawatan ini semakin popular kerana ia tidak membabitkan pembedahan yang besar. Bagaimanapun, 30 peratus pesakit boleh mengalami penyempitan pembuluh darah semula. Bagi menangani masalah ini, besi gegelung (stent) yang dilapisi ubat-ubatan diperkenalkan. Bagaimanapun, kos rawatannya tiga kali lebih tinggi.
    Sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit lain seperti pedih hulu hati, akibat pembalikan asid ke saluran pemakanan, sakit pada otot-otot dada dan pneumonia. Selain itu, ia mungkin ada kaitan dengan sakit tulang rusuk, pelbagai masalah jantung seperti radang selaput jantung, retak bahagian dalam permukaan pembuluh besar aorta dan sebagainya. 
    Tekanan, penyakit batu karang atau batu di pundi hempedu dan kayap juga boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit dada.


    Khasiat Delima untuk pesakit kencing manis




    Kencing manis atau diabetes selalunya dikaitkan dengan pengambilan makanan bergula yang berlebihan.

    Kencing Manis @ Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah adalah tinggi dari normal. Ia juga merupakan salah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau stroke. 

    Kencing Manis @ Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar, sebagai tenaga.


    Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk ditukar menjadi tenaga dan juga akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi. 

    Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami Kencing Manis @ Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.


    Kebiasaannya glukos ini akan berkumpul dalam saluran darah di bahagian bawah badan iaitu di bahagian kaki. Apabila saluran darah di bahagian kaki telah penuh ia akan memenuhi sal darah dibahagian betis dan sehingga ke paha atau di bahagian tangan.

    Apabila glukos sudah tidak boleh bergerak lagi, bahagian tersebut mula kehilangan deria rasa atau bahagian anggota itu akan terasa kebas. Tahap seterusnya bahagian tersebut akan berubah warna menjadi kehitaman kerana tisu dan sel tidak menerima bekalan darah yang mengandungi oksigen.

    Oleh kerana tahap glukos yang tinggi dalam saluran darah, ia akhirnya akan menyebabkan saluran darah akan pecah dan membentuk luka bagi membolehkan glukos itu keluar. Pada tahap ini luka tersebut menjadi sukar untuk sembuh dan menyebabkan kawasan sekitarnya mereput.


    Lazimnya doktor akan memotong sahaja bahagian yang reput itu bagi mengawal luka tersebut merebak kebahagian atas kaki. Tetapi ianya tidak berakhir di situ sahaja malah pesakit akan dipotong beberapa kali sehingga ke paras paha.

    Kenapakah Situasi Ini Berlaku?

    Seperti yang dinyatakan diatas, penyebab kepada glukos tidak dapat ditukar kepada tenaga ialah kegagalan insulin berfungsi atau badan tidak dapat membekalkan insulin bagi menukarkan glukos kepada tenaga. 

    Semua ini berlaku kerana pankreas yang merupakan organ yang menghasilkan insulin tidak berfungsi samada kerana berlaku kerosakan sel-selnya atau disebabkan jangkitan penyakit. Apabila pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin maka glukos gagal ditukar menjadi tenaga dan tinggallah glukos tersebut di dalam saluran darah dan menyebabkan kandungan darah mengandungi kadar glukos (gula) yang amat berlebihan.

    Bagi mengatasi masaalah ini, doktor akan menggunakan insulin daripada luar badan bagi menggantikan kekurangan insulin semulajadi dalam badan.

    Insulin ini disuntik pada kebiasaannya di bahagian perut supaya ia cepat sampai ke organ-organ yang berkaitan. 


    Apabila pengambilan insulin luar ini telah bermula maka pesakit tersebut akan bergantung sepanjang hayat kepada suntikan. Ini berlaku kerana tindakan yang diambil hanya untuk menggantikan kekurangan insulin tulin dalam badan tanpa mengambil tindakan merawat kerosakan pankreas iaitu organ yang mengeluarkan insulin.

    Kenapa kita harus membiarkan dan meninggalkan pankreas dalam keadaan rosak begitu sahaja tanpa ada langkah-langkah merawatnya agar kembali normal seperti dahulu?

    Memasukkan insulin luar kedalam badan bukan langkah merawat pankreas sebaliknya hanya mengambil alih  fungsi insulin badan yang tidak mampu dihasilkan oleh pankreas.

    Oleh itu pesakit kencing manis perlulah menukar tanggapan bahawa penyuntikan insulin itu merupakan jalan terakhir atau muktamad untuk merawat kencing manis atau diabetes. Tindakan itu bukan merawat sebenarnya, sebaliknya adalah langkah terdesak untuk menukarkan glukos kepada tenaga.

    Kenapa kita melupakan untuk mengambil tindakan membaikpulih pakreas? 

    Bukankah dengan membaik pulih pankreas, ia akan memberi peluang kedua kepada organ itu berfungsi semula dan dengan itu kita boleh meninggalkan insulin luar yang dihasilkan daripada babi?


    Apabila pankreas telah pun sembuh dan berfungsi sepenuhnya mengeluarkan insulin, maka tidak perlu lagi bergantung kepada insulin luar yang juga merupakan bahan yang tidak halal.


    Khasiat Delima untuk pesakit stroke

    Stroke berlaku apabila saluran darah yang membekalkan darah beroksigen daripada jantung kepada mana-mana bahagian otak tidak dapat membekalkan darah kerana tersumbat samada oleh darah beku atau aterosklerotik.


    Akibatnya bahagian otak yang tidak mendapat bekalan oksigen itu akan rosak dan tidak berfungsi.

    Apabila sesuatu bahagian otak itu rosak, maka peranan yang dimainkan oleh bahagian itu menjadi tidak berfungsi untuk mengawal mana-mana bahagian anggota badan yang dikawalnya.


    Contohnya jika bahagian otak sebelah kiri rosak, maka anggota badan sebelah kanan akan menjadi tidak berfungsi atau menjadi lemah. Selalunya disebut sebagai lumpuh atau mati sebelah badan.













    Khasiat delima dapat membantu memecahkan darah beku atau aterosklerotik di dalam saluran darah (yang menyebabkan saluran darah tersumbat) dan dengan itu dapat membantu memulihkan pengaliran semula darah beroksigen kebahagian otak yang rosak/mati.

    Apabila darah telah sampai kebahagian otak yang rosak itu, maka proses semulajadi badan akan bertindak menggantikan semula bahagian otak yang rosak itu dengan sel-sel baru dan seterusnya memulihkan fungsi bahagian itu.

    Apabila bahagian otak yang rosak itu telah kembali normal, maka fungsinya untuk menghantar dan mengawal isyarat-isyarat kebahagian badan yang berkaitan kembali berkerja dan bahagian bada berkenaan akan kembali kepada fungsi asalnya.

    Walaubagaimana pun masa yang diambil bagi proses pemulihan ini bukanlah satu tempuh yang singkat kerana ia merupakan proses pemulihan beberapa organ-organ, tisu-tisu dan urat saraf yang telah sekian lima tidak dapat berfungsi.
     

    Ramai diantara pengunjung blog ini telah mendapat kebaikan dari khasiat buah Delima.Anda bila lagi?

    Sample text

    Mulakan Perniagaan Internet anda sendiri.Dapatkan maklumat PERCUMA disini

    Mulakan perniagaan Internet and sendiri.Dapatkan maklumat PERCUMA disini

    Sample Text