Social Icons

Khasiat Buah Delima membantu pesakit kencing manis




Kencing manis atau diabetes selalunya dikaitkan dengan pengambilan makanan bergula yang berlebihan.

Kencing Manis @ Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah adalah tinggi dari normal. Ia juga merupakan salah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau stroke. 

Kencing Manis @ Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar, sebagai tenaga.


Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk ditukar menjadi tenaga dan juga akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi. 

Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami Kencing Manis @ Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.


Kebiasaannya glukos ini akan berkumpul dalam saluran darah di bahagian bawah badan iaitu di bahagian kaki. Apabila saluran darah di bahagian kaki telah penuh ia akan memenuhi sal darah dibahagian betis dan sehingga ke paha atau di bahagian tangan.

Apabila glukos sudah tidak boleh bergerak lagi, bahagian tersebut mula kehilangan deria rasa atau bahagian anggota itu akan terasa kebas. Tahap seterusnya bahagian tersebut akan berubah warna menjadi kehitaman kerana tisu dan sel tidak menerima bekalan darah yang mengandungi oksigen.

Oleh kerana tahap glukos yang tinggi dalam saluran darah, ia akhirnya akan menyebabkan saluran darah akan pecah dan membentuk luka bagi membolehkan glukos itu keluar. Pada tahap ini luka tersebut menjadi sukar untuk sembuh dan menyebabkan kawasan sekitarnya mereput.


Lazimnya doktor akan memotong sahaja bahagian yang reput itu bagi mengawal luka tersebut merebak kebahagian atas kaki. Tetapi ianya tidak berakhir di situ sahaja malah pesakit akan dipotong beberapa kali sehingga ke paras paha.

Kenapakah Situasi Ini Berlaku?

Seperti yang dinyatakan diatas, penyebab kepada glukos tidak dapat ditukar kepada tenaga ialah kegagalan insulin berfungsi atau badan tidak dapat membekalkan insulin bagi menukarkan glukos kepada tenaga. 

Semua ini berlaku kerana pankreas yang merupakan organ yang menghasilkan insulin tidak berfungsi samada kerana berlaku kerosakan sel-selnya atau disebabkan jangkitan penyakit. Apabila pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin maka glukos gagal ditukar menjadi tenaga dan tinggallah glukos tersebut di dalam saluran darah dan menyebabkan kandungan darah mengandungi kadar glukos (gula) yang amat berlebihan.

Bagi mengatasi masaalah ini, doktor akan menggunakan insulin daripada luar badan bagi menggantikan kekurangan insulin semulajadi dalam badan.

Insulin ini disuntik pada kebiasaannya di bahagian perut supaya ia cepat sampai ke organ-organ yang berkaitan. 


Apabila pengambilan insulin luar ini telah bermula maka pesakit tersebut akan bergantung sepanjang hayat kepada suntikan. Ini berlaku kerana tindakan yang diambil hanya untuk menggantikan kekurangan insulin tulin dalam badan tanpa mengambil tindakan merawat kerosakan pankreas iaitu organ yang mengeluarkan insulin.

Kenapa kita harus membiarkan dan meninggalkan pankreas dalam keadaan rosak begitu sahaja tanpa ada langkah-langkah merawatnya agar kembali normal seperti dahulu?

Memasukkan insulin luar kedalam badan bukan langkah merawat pankreas sebaliknya hanya mengambil alih  fungsi insulin badan yang tidak mampu dihasilkan oleh pankreas.

Oleh itu pesakit kencing manis perlulah menukar tanggapan bahawa penyuntikan insulin itu merupakan jalan terakhir atau muktamad untuk merawat kencing manis atau diabetes. Tindakan itu bukan merawat sebenarnya, sebaliknya adalah langkah terdesak untuk menukarkan glukos kepada tenaga.

Kenapa kita melupakan untuk mengambil tindakan membaikpulih pakreas? 

Bukankah dengan membaik pulih pankreas, ia akan memberi peluang kedua kepada organ itu berfungsi semula dan dengan itu kita boleh meninggalkan insulin luar yang dihasilkan daripada babi?


Apabila pankreas telah pun sembuh dan berfungsi sepenuhnya mengeluarkan insulin, maka tidak perlu lagi bergantung kepada insulin luar yang juga merupakan bahan yang tidak halal.


 

Pelawat terkini :

pertanyaan :

email : arasdamai@gmail.com
whatsapp only : 0197739597